Monday, September 7, 2009

mutiara ku yang hilang

aku berase seronok sangat pabila aku berada di kampung kerana aku hendak berjumpa dengan eary. satu-satunya teman yang aku suka dan sayang. mungkin kerana raut wajahnya yang begitu tampan dan susuk tubuhnya yang begitu gah bak lelaki sejati katenye kan... hahaha
tapi hati die baik, sopan,walaupun ade kecerewetan macam aku jugak. bese la , da name laki PLU memang demand..tapi sejak aku menegenalinya sejak awal tahun lalu, hubunganku semakin rapat.dan setiap kali aku balik kampung pasti aku akan meghubunginya bagi melepaskan kerinduanku.aku sanggup mencari hari untuk membahagi mase berjumpa dengannya walaupun waktu kami berjumpa itu terlalu singkat. tapi aku gunakan sepenuhnya untuk sama-sama menghargai setiap detik pertemuan itu.
Namanya ialah Mohd Nazree B Yahya.Lahir pada 23 July 1985.Merupakan anak sulong dari berape orang adek beradik ekh.. lupe lak.. hayooooo..huhuhu. Namun aku memanggilnya  eary. atau nick namenye eary putra. Aku x sangka umurnya lebih dewasa dari aku,kerana die pernah memanggil aku abang. huhuhu.tapi x pe, die ni periang n manje orangye.
 
kenangan kali pertama berjumpa
wajahnya buat pertama kali aku tatapi

Namun pada detik 30 Ogos 2009 lalu, eary mahu menyampikan satu berita pada aku. aku begitu teruja hendak mendengar perkhabaran itu,walaupun ade sedikit ketakutan dan keraguan yang telah kurase kan.Lalu terus menelefonnya bertanayakan perihalnya.Kemudian eary memberitahu perkara itu. 'ADA ORANG MELAMAR EARY' aku terkedu, terkejut pada waktu itu.terasa lemah badan ketika itu.Namun aku perlu menerima keadaan ini, kerana sebelum ini aku tidak mengharapkan apa hubungan yang lebih dari seorang kawan, walau aku sudah mengangganya sebagai teman hidupku. Ku gembira kerana die telah dapat orang yang boleh menjaganya walaupun pedih dan perit untuk aku terima.Mungkin inilah balasan untuk aku kerana aku tidak begitu mengambil berat tentangnya memandangkan aku berada jauh darinya. tapi itu hanya alasan semata-mata.... arrrrhhh.... eemmm.
Sebelum mengakhiri perbualan, aku menyatakan hasratku untuk berbuka bersamanya pada esok hari, dan eary pun sudah mendapat keizinan dari dia. Mungkin kitorang akan buka bersama di rumah eary. Namun aku x boleh stay dirumahnya,myby si dia tidak mengizinkannya. Aku begitu hampa setelah sekian lame aku merancang untuk hari itu,tapi telah musnah. Tetapi aku masih ade peluang untuk berjumpanya pada hari esok.Alhamdulillah...
Pada hari kejadian, 30 Ogos 2009 aku menyiapkan diri memulakan perjalanan ke Kluang untuk berjumpa dan berbuka bersama mereka.Sewaktu tiba di rumahnya,eary menyambut kedatanagn ku. Ku tidak mengharapkan sesuatu kejutan atau sambutan sekalipun memandangkan peristiwa ini. Aku hanya mahu berjumpa dengannya dan mengatahui keadaan dirinya di hadapan aku sendiri.Aku takut ini adalah pertemuan kali terakhir, aku takut sangat tetapi aku harap ini bukannya pertemuan kali terakhir itu. Tidak sampai 5 minit aku duduk dan melihat ke dalam anak matanya,,, aku berasa sebak dan mengalirkan air mataku. Dengan teresak-esak aku menangis di hadapanya,aku x dapat bayangkan bile aku berjauhan dan takut kehilangan eary.Agak lame eary menenangkan aku samapi bengkak mate aku .Setelah semuanya kembali tenang kami keluar ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.
Aku berbuka puasa bersama mereka dan sesekali aku menanyakan perihal teman barunya itu. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak yakin pada teman barunya itu, nampak macam menjengkilkan tetapi sudah pilihannya aku perlulah sokong dan berikan semangat baru pada eary.
Sebelum pulang, aku memesan pada temannya itu'JAGE EARY BAIK-BAIK, JGN SAKITKAN HATI DIE' , itu saja harapanku supaya temannya itu dapat menjaga eary sebaiknya.Aku memberi salam yang terakhir dan mencium tangan dan dahinya da aku menghulurkan sekeping gambar kami berdua sewaktu pertemuan itu (gambar di atas ) dan bear yang agak comeyl la.. huhu..
emmm dengan perasaan sebak aku memandu pulang ke rumah walau ade sedikit kegembiraan setelah eary mendapat orang yang benar-benar menyayainya. Aku kehilangan sebutir mutiara yang begitu berharga yang terpaksa aku serahkan kepada yang benar-benar layak memegangnya.Walaupun aku hanya dapat memiliki mutiara itu dalam jangka masa yang terlalu singkat padaku.
Namun pada 3 september 2009,11.30 pm lalu, eary memberikan sms ini kepada ku "Eapy,nape die wat eary cm nie,nape PLU ni suke tipu eary"
Aku x senang duduk ketika itu, namun aku berikan semangat pada eary,jangan buat keputusan membabi buta dan aku mengharapkan eary bahagia bersamanya.....

















pertemuan sewaktu berbuka puasa bersama

2 comments:

Olive Tree said...

Hi,it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

aizoel hafizie said...

thank